Padang Indonesia Day 02

Wednesday, December 28, 2011

Hari ke 2 di Bukit Tinggi Indonesia. Lepas breakfast, kami pun bergerak untuk melihat panorama Ngarai Sianok. Situ ada satu route untuk mereka yang nak masuk lubang yang digunakan oleh askar-askar jepun masa perang dulu. Ala lubang yang dikorek di bukit-bukit tu. Tapi kita orang dah cun-cun ni takkan nak masukkan. So pagi-pagi tu dah start sambung shopping.. hahahahaha. Amik gambar kejap, shoppingnya lama.


Notakaki : hasil lukisan dengan cat minyak..

Lepas puas ngan hasil pembelian, teruskan perjalanan mengikut itinerary. Nampak ler kawasan sawah padi yang dikelilingi oleh 2 gunung yang puncaknya diliputi dengan awan. Cantik. Tapi tour guide tak moh berhenti sebab kami ni kalau dah berhenti lama sangat. Nanti lewat jadual dorang pulak. So rakam pemandangan dengan kotak minda jer ler. huhuhu..


Kami tiba di satu perkampungan untuk melihat wanita-wanita belajar menyulam. Malangnya hari kami datang tu ada sorang jer pelajar dok menyulam menggunakan mesin jahit lama yang jenis goyang-goyang kaki tu. Susah juga tengok dia buat sulaman tu. Tapi hasilnya memang cantik. Memang kena ada kesabaran tinggi nak hasilkan kerjatangan begitu. Lepas melilau-lilau tengok hasil-hasil kerja tu kami pun bergerak lagi ke tempat kopi dan pisang salai. Lepas minum kopi sambil makan pisang salai tu, kami pun start memborong.

Selesai memborong tu, kami pun singgah ke satu restaurant yang dikelilingi oleh sawah padi. Bestnya makan kat situ. Makanan padang iaitu banyak jenis hidangan. Yang mana-mana dah lepas makan, dorang kasi laks ikan-ikan dalam kolam baki-baki nasi yang ada.. Besar-besarnya ikan-ikan itu. Dapat tau dari pelancong Malaysia yang kebetulan datang sama flight dengan kami, ikan itulah yang ditangkap, dimasak dan dihidangkan. Terkebil-kebil aku dengar cerita bekas cikgu sekolah menengah yang dah 3 bulan bersara. Hahahaha.

Seterusnya kami ke Istano Pagar Ruyong yang sedang dalam pembinaan. Istana yang lama telah terbakar kerana disambar kilat. Jadi kami cuma dapat posing kat luar istana jer ler. Kejap jer kat situ. Teruskan perjalanan ke Tasek. Perjalanan balik makan masa 2 jam. Emm.. 2 jam dalam coaster sampai dah habis game teka-teki sambung game tido plaks.. Sorang-sorang pengsan. hahahhaha.

Sampai kat Tasek, kami turun untuk amik gambar kejap jerk. Pastu tour guide cakap kita sekarang berada di highway sumatera. HIGHWAY?!! 2 lane jerk.. tapi itu ler jalan yang dorang panggil  highway.  Tour guide cakap guna highway ini ke Jakarta makan masa 42 jam. Masuk coaster masing-masing layan perasaan dan terlelap lagi. Then singgah sebentar untuk solat jamak sebelum teruskan perjalanan ke Pasar Atas Bukit Tinggi.

Tiba disana tour guide kata dia kasi masa 3 jam untuk shopping. Kata tour guide lagi, pasar tu tak besar so 3 jam tu dah lebih dari cukup. Tak ada maknanya kalau dengan dorang-dorang ni. Satu kedai jer dekat sejam lebih. Kira aku boleh jadi pemerhati dan pemiutang ler.. ooopsss sorry kengkawan.. hehehehe.. Mata masing-masing dah rambang dengan product-product terpampang kat setiap kedai. Itu belum masuk bab tawar menawar lagi. Mana nak gi cari telekong, kain sulam, t-shirt "I love Bukit Tinggi" dan fridge magnet lagi. Aku cuma mampu melihat adegan kelam kabut tukang kedai layan kerenah dorang jerk.. Eleh, macam aku ni tak shopping.. Seyes.. sungguh aku tak shopping. Target nak telekong tapi telekong yang aku nak tu tak ada yang berkenan dihati. So cuma beli sikit ole-ole jer untuk bawak balik Malaysia.


Notakaki : gerai-gerai di pasar atas..



Notakaki : Jam Gadang waktu malam..


Dah cukup masa 3 jam, kami pun bergerak ke Jam Gadang. Rupa-rupanya malam-malam ada lagi orang meniaga kat kawasan Jam Gadang tu. Murah-murah. Macam pasar malam rupanya. Singgah lagi beli t-shirt. Harga yang ditawar tak dapat ditolak. Walhal kat tangan masing-masing dah berbondong-bondong dengan hasil belian. hahahahaha.. Lantak korang ler janji korang happy. Masa nak tunggu tour guide sampai, masing-masing kata ini ler first time shopping cam orang gila.. Aku dah pernah rasa masa shopping kat Guangzhou bulan 9 yang lalu. Tak sanggup nak lalu lagi. Minta dijauhkanlah. Itu kalau bawak seribu pun boleh habis sekejap..

Lepas shopping gi dinner. Time dinner nampak sangat masing-masing kepenatan. Dah ler ada lagi penjual-penjual duduk meniaga depan restoran kita orang makan laks tu. Masing-masing tutup mata aje. Hahahaha. Balik hotel, seperti semalam ada orang karaoke. Tapi hari tu ramai pulak orang menginap kat situ. Siap budak-budak berlari sana sini. Agak noisy ler juga. Masuk bilik masing-masing dan mengemas untuk balik Malaysia keesokkan harinya. Nnt sambung ke Day 03 laks.

p.s. gambar lain seperti biasa akan diuploadkan kalau diri ini rajin bebenar..

0 comments: