Semakku

Sunday, January 08, 2012

Gambar ini diambil dengan kamera handphone jerk. Enjoice.

The Street Cafe

Saturday, January 07, 2012

Ini salah satu conversation yang jadi punca. "Hari tu kita orang makan kat restoran korean kat Subang Jaya" kata si A. "Iye ker?" Si B ingin tau. "Betul! owner dia orang korea.. handsome.." promote si A. "Tobuki kat situ sedap" promote lagi si A ni. Manakala pendengar-pendengar lain dengar dengan begitu khusyuk segala promosi si A. Si A ni klu bab makan, merata-rata kedai dia dah pergi testing. Lepas sessi testing, pasti dia akan wat promosi kat kita orang.. So kali ini aku buat entry pasal The Street Cafe.

Macam korang dah baca kat atas tadi, ianya sebuah cafe yang menjual makanan korea with HALAL logo. Kalau tak ada HALAL logo sudah pasti tak akan wujud entry ni. So kita orang yang tak pernah pergi ke cafe tu berpakat untuk lunch disana. Lokasinya di Subang Jaya SS15, berdepan dengan Taylor Collage. Problem ke sana ialah parking. Memang susah nak jumpa yang kosong. Kami pun bernasib baik dapat 1 parking itu pun kena menapak jauh ler juga.

Jadi sapa-sapa nak try boleh check it out. Nak citer panjang lebar tak reti sangat. So share gambar jer le as usual. Enjoice..


Notakaki : Entrance 1st floor.


Notakaki : Nota-nota yang ditinggalkan oleh penggunjung. Motip semua message tuju kat artis-artis korea? Dorang 
ada datang makan kat sini ker? Musykil aku wei... 


Notakaki: Tester-tester yang tidak bertauliah tengah nak mengorder makanan.


Notakaki : Kimbap


Notakaki : Robaki. rasa-rasa itu nama dia kot. ntah ler.


Notakaki : Nota-nota tinggalan.


Notakaki : Tempat makan


Notakaki : Strawberry n Chocolate


Notakaki : Tobuki. ianya rice cake yek kengkawan. sedap. yum yum yum

P.S. : Gambar-gambar diatas diambil dengan DSLR dan kamera handphone

Sunny Bright Day

Pagi-pagi lagi perhatikan suasana di luar rumah.. Terfikir dah lama tak buat photoshoot. So apa lagi amik handphone dan pergi kat laman rumah. Keep on shooting and shooting.. I need to continue doing this everyday..

so ada le satu gambar ni saje nak share.. enjoice..


Padang Indonesia Day 03

Last day kat Bukit Tinggi. Masing-masing dah siap mengemas barang-barang dibeli. Hasilnya, jumlah beg telah bertambah 2 kali ganda.. Whooaa!! Sessi timbang-timbang beg bermula. Selepas pengangihan barang selesai, baru boleh relaks sket. Tup tup masa tgh breakfast ada info nak tambah shopping lagi. Nak gi cari lagi barang kat Pasar Atas.. Aku hanya mampu geleng kepala jerk.. Iye ler sebab barang aku tak jumpa.. cuba kalau barang aku nak tu ada. Aku pun akan jadi camtu.. hahahhaha..

After check out dari hotel, tour guide bawak kami ke Pasar Atas. After that kami ke our final destination Kantor Pos untuk membeli parangkor (setem) as souvenir.  Lepas selesai semua business, masa untuk berangkat pulang. Ambil masa dekat 2 jam lebih untuk sampai ke Airport. Sepanjang jalan semua layan diri dan tidur aje. Once tiba di airport kira percutian kami dah tamat masa untuk kembali ke dunia nyata and heavy workload is waiting for us. Hopefully my next year planning akan terlaksana, insya-Allah.. ke mana tu.. Biarlah rahsia.. hehehehe..

The end.



Notakaki : Istano Pagar Ruyong yang masih dalam pembinaan.


Notakaki : Kantor Pos.


Notakaki : Product-product yang dipaparkan di salah satu kedai.


Notakaki : Pemandangan sawah padi.

Padang Indonesia Day 02

Wednesday, December 28, 2011

Hari ke 2 di Bukit Tinggi Indonesia. Lepas breakfast, kami pun bergerak untuk melihat panorama Ngarai Sianok. Situ ada satu route untuk mereka yang nak masuk lubang yang digunakan oleh askar-askar jepun masa perang dulu. Ala lubang yang dikorek di bukit-bukit tu. Tapi kita orang dah cun-cun ni takkan nak masukkan. So pagi-pagi tu dah start sambung shopping.. hahahahaha. Amik gambar kejap, shoppingnya lama.


Notakaki : hasil lukisan dengan cat minyak..

Lepas puas ngan hasil pembelian, teruskan perjalanan mengikut itinerary. Nampak ler kawasan sawah padi yang dikelilingi oleh 2 gunung yang puncaknya diliputi dengan awan. Cantik. Tapi tour guide tak moh berhenti sebab kami ni kalau dah berhenti lama sangat. Nanti lewat jadual dorang pulak. So rakam pemandangan dengan kotak minda jer ler. huhuhu..


Kami tiba di satu perkampungan untuk melihat wanita-wanita belajar menyulam. Malangnya hari kami datang tu ada sorang jer pelajar dok menyulam menggunakan mesin jahit lama yang jenis goyang-goyang kaki tu. Susah juga tengok dia buat sulaman tu. Tapi hasilnya memang cantik. Memang kena ada kesabaran tinggi nak hasilkan kerjatangan begitu. Lepas melilau-lilau tengok hasil-hasil kerja tu kami pun bergerak lagi ke tempat kopi dan pisang salai. Lepas minum kopi sambil makan pisang salai tu, kami pun start memborong.

Selesai memborong tu, kami pun singgah ke satu restaurant yang dikelilingi oleh sawah padi. Bestnya makan kat situ. Makanan padang iaitu banyak jenis hidangan. Yang mana-mana dah lepas makan, dorang kasi laks ikan-ikan dalam kolam baki-baki nasi yang ada.. Besar-besarnya ikan-ikan itu. Dapat tau dari pelancong Malaysia yang kebetulan datang sama flight dengan kami, ikan itulah yang ditangkap, dimasak dan dihidangkan. Terkebil-kebil aku dengar cerita bekas cikgu sekolah menengah yang dah 3 bulan bersara. Hahahaha.

Seterusnya kami ke Istano Pagar Ruyong yang sedang dalam pembinaan. Istana yang lama telah terbakar kerana disambar kilat. Jadi kami cuma dapat posing kat luar istana jer ler. Kejap jer kat situ. Teruskan perjalanan ke Tasek. Perjalanan balik makan masa 2 jam. Emm.. 2 jam dalam coaster sampai dah habis game teka-teki sambung game tido plaks.. Sorang-sorang pengsan. hahahhaha.

Sampai kat Tasek, kami turun untuk amik gambar kejap jerk. Pastu tour guide cakap kita sekarang berada di highway sumatera. HIGHWAY?!! 2 lane jerk.. tapi itu ler jalan yang dorang panggil  highway.  Tour guide cakap guna highway ini ke Jakarta makan masa 42 jam. Masuk coaster masing-masing layan perasaan dan terlelap lagi. Then singgah sebentar untuk solat jamak sebelum teruskan perjalanan ke Pasar Atas Bukit Tinggi.

Tiba disana tour guide kata dia kasi masa 3 jam untuk shopping. Kata tour guide lagi, pasar tu tak besar so 3 jam tu dah lebih dari cukup. Tak ada maknanya kalau dengan dorang-dorang ni. Satu kedai jer dekat sejam lebih. Kira aku boleh jadi pemerhati dan pemiutang ler.. ooopsss sorry kengkawan.. hehehehe.. Mata masing-masing dah rambang dengan product-product terpampang kat setiap kedai. Itu belum masuk bab tawar menawar lagi. Mana nak gi cari telekong, kain sulam, t-shirt "I love Bukit Tinggi" dan fridge magnet lagi. Aku cuma mampu melihat adegan kelam kabut tukang kedai layan kerenah dorang jerk.. Eleh, macam aku ni tak shopping.. Seyes.. sungguh aku tak shopping. Target nak telekong tapi telekong yang aku nak tu tak ada yang berkenan dihati. So cuma beli sikit ole-ole jer untuk bawak balik Malaysia.


Notakaki : gerai-gerai di pasar atas..



Notakaki : Jam Gadang waktu malam..


Dah cukup masa 3 jam, kami pun bergerak ke Jam Gadang. Rupa-rupanya malam-malam ada lagi orang meniaga kat kawasan Jam Gadang tu. Murah-murah. Macam pasar malam rupanya. Singgah lagi beli t-shirt. Harga yang ditawar tak dapat ditolak. Walhal kat tangan masing-masing dah berbondong-bondong dengan hasil belian. hahahahaha.. Lantak korang ler janji korang happy. Masa nak tunggu tour guide sampai, masing-masing kata ini ler first time shopping cam orang gila.. Aku dah pernah rasa masa shopping kat Guangzhou bulan 9 yang lalu. Tak sanggup nak lalu lagi. Minta dijauhkanlah. Itu kalau bawak seribu pun boleh habis sekejap..

Lepas shopping gi dinner. Time dinner nampak sangat masing-masing kepenatan. Dah ler ada lagi penjual-penjual duduk meniaga depan restoran kita orang makan laks tu. Masing-masing tutup mata aje. Hahahaha. Balik hotel, seperti semalam ada orang karaoke. Tapi hari tu ramai pulak orang menginap kat situ. Siap budak-budak berlari sana sini. Agak noisy ler juga. Masuk bilik masing-masing dan mengemas untuk balik Malaysia keesokkan harinya. Nnt sambung ke Day 03 laks.

p.s. gambar lain seperti biasa akan diuploadkan kalau diri ini rajin bebenar..

Padang Indonesia Day 01

Lagi 3 hari dah nak masuk tahun baru 2012. Kira ini le last trip aku gi oversea. Itupun sebab dapat tiket yang murah-murah gila. Kira lagi murah ler tiket bas gi Johor. Alhamdulillah, ini kira rezeki aku dapat jejak kaki ke Padang, Indonesia. Actually plan ke Padang tak ada ler dirancang sungguh-sungguh pun. Rancang on the spot. Opismate-opismate klu dah berkumpul time AA promosi tiket murah, memang confirm ajak on the spot. Biler semua dah kasi kata setuju, sorang ditugaskan buat booking tiket segala. Lepas dah dapat 7 tiket dalam gengaman kena tunggu 10 bulan plaks untuk menaiki kapal terbang. So dengan sabarnya tunggu hingga tiba tarikh tersebut.

Subuh-subuh lagi driver dah collect sorang-sorang dari rumah ke rumah. Awal-awal lagi dah buat web check in so tak payah risau apa pun. Tak ada ler kelam kabut sangat. Just aku risaukan kucingku si MOK, balik malam tu dengan terdengkot-dengkot. Subuh tu sementara nak tunggu driver datang sempat urut kaki dia. Itu pun mengiau-giau sakit. Even ke hari ni pun si MOK masih jalan terdengkot-dengkot. Tapi tak le teruk cam hari tu. Ok berbalik pada trip.

Day 01 

Masa di Padang cuma lewat 1 jam dari Malaysia. Kira time kami sampai kat Padang jam 8:00pagi. Agak lama juga kitaorang nak lepas dari pegawai immigration. Tak tahu samada system dorang slow ker atau apa ker. Lepas jer sessi pemeriksaan immigration tu kita orang berjumpa tour guide yang dah sedia menunggu dengan kertas besar di tangan tulis "NORAINI AND PARTY".

Dalam sessi pengenalan diri tu, tour guide kami ada ler beri beberapa perkataan dorang yang digunapakai dan untuk pengetahuan kami juga.

Antara perkataan Bahasa Padang ke Bahasa Malaysia
1. Macan maksud manis dan cantik
2. Senduk maksud sudu
3. Perangko maksud stem
4. Kantor maksud pejabat
5. sudu maksud cium

Tour guide pesan masa nak order minuman panas minta gula asing. Sebab kat sana kalau tak cakap, orang kedai akan bubuh siap-siap gula setengah cawan dalam air tu. hahahaha.

Kami dibawa untuk breakfast di Restoran Lamun Ombak. Sepertimana yang kami baca dalam blog yang pernah jejak kaki disini, roti canai dia keras dan nipis. So ada beberapa orang antara kami order roti canai telur dan roti canai biasa tu sajer nak rasa. Cicah dengan kuah yang rasa macam kuah rendang ayam. Lepas breakfast, kami dibawa ke tempat-tempat sulaman hasil kerjatangan petani-petani wanita disitu. Harga pun boleh tahan le juga .  Time-time gini masing-masing menyesal tak bawak duit banyak. Hahahhahaha.


Notakaki : Ain dah ponian yang mana satu nak diborong..

Lepas masing-masing lepas menggila pegang segala jenis kain sulaman, kami pun menghala ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan tu sempat kami singgah melihat Air Terjun Lembah Anai. Gambarnya nanti diuploadkan. Lepas habis kena tempias air terjun dan pose ala-ala model amateur kat situ, kami teruskan perjalanan lagi untuk makan tengahari dan terus check in ke Hotel Dymens untuk berehat selama 2 jam. Masing-masing dapat bilik beza. Ada yang luas boleh solat jemaah dalam bilik tu. Ada yang sempit jer bilik dia. Kira ok ler dengan budget ciput kanz..


Notakaki : Di Air Terjun Lembah Anai, ramai betul orang hari tu. Ramai juga ler nak posing dengan air terjun tu. glamour sungguh air terjun ni..

Jam 4 petang kami pun bertolak ke Maninjau di Keluk 44. Ada apa dengan Keluk 44 ni?? Aku masa sebelum gi tu tak ada ler buat review apa-apa sebab pakai tour guide. Jadi ikut mana dibawa oleh tour guide. Dari Bukit Tinggi ke Maninjau Keluk 44, jalannya belok sana belok sini macam ular kena palu. Lalu kat bukit bukau hutan mana ntah dibawanya kami ni. Siap pula si tour guide kata sini ada L*****r. Bengong!! kasi aku cuak jek. Sib baik duduk tengah-tengah coaster. Aku ni penakut juga. Kalau selisih dengan kereta lain samada stop atau pelahankan kenderaan. Ini nak tunjukkan betapa sempitnya jalan tersebut. Pemandangannya memang marvellous, lalu kawasan perkampungan yang dikeliling oleh padi luas menghijau..

Dekat sejam ler kita orang cam orang mabuk bukit dalam coaster tu, akhirnya sampai ke Keluk 44. Kami teruskan ke keluk 43, kemudian keluk 42. Aku dah nak start muntah pun ada. Macam hairpin keluknya dan curam.. huhuhu.. Kami rest sekejap kat kedai kopi yang ada kat situ sambil makan goreng pisang panas. Sementara dorang makan-makan, aku gi klik-klik amik gambar.


Notakaki : Pemandangan Tasik Maninjau dari Keluk 36


Notakaki : Pemandangan Tasik Maninjau dari Keluk 36

Lepas kepala masing-masing dah steady balik, kami pun teruskan perjalanan pulang ke Bukit Tinggi untuk dinner dan pulang ke hotel. Lagi sekali mabuk bukit. Masa dinner tak lalu makan, asyik minum avocado + chocolate. Yum yum yum. Kesedapan.

Balik hotel jam 8 lebih, dengar pulak orang karaoke. Amik ko, nak tido tak boleh sebab dorang berkaraoke hingga pukul 10 lebih. Ntah pukul berapa terlelap pun tak tahu. Akan bersambung kisah ke Day 2 nnt.

p.s. gambar lain akan diupload kemudian kalau diri ini rajin.

Handphone camera

Wednesday, September 21, 2011

Gambar ni diambil dengan handphone camera jer. Walaupun tak secantik hasil gambar dengan kamera DSLR, tp at least that moment dpt dirakam dari tiada kanz.

Go-Kart

Friday, July 29, 2011

Lama juga tak update blog ni. Tiada benda nak diceritakan. Sejak ada FB segala dah diupdate kat situ. Tak payah nak karang ayat panjang-panjang. 2,3 perkataan pun boleh.

Baru-baru ni aku terbaca satu blog pasal travelling. Adus, memang best baca segala entry dia. Terasa seolah-olah kita berada sekali kat situ. Excited, takut, ohsem, moe moe (perkataan feeling cinta selalu ada dalam anime) dan segala macam perasan ada biler baca entry beliau. Walaupun bahasa rojak tapi pandai betul dia bercerita. Biler ler aku dapat menulis begitu. Seyes fail. Huhuhu.

Disebabkan saje nak kasi ada entry untuk akhir bulan Julai ni, aku bubuh jer ler satu gambar yek.. Gambar ini amik kat lokasi Go-Kart. Apa itu Go-Kart? Menurut makcik wikipedia, ianya kenderaan kecil pelbagai saiz dan bentuk dari tiada power hingga high power racing machines dengan 4 roda. Keta sorong baby pun 4 roda with human power gaks. tapi itu tak masuk kategori go-kart hokkay.

Hanya satu gambar jer aku bubuh. korang chekidaut yek..


Apa-apa pun aku tak main game ni. Malas aku nak menyedatkan diri dalam keta kecik tu. Dah ler tak ada aircon, stering keras laks. Aku cuma amik gambar dan tukang gelak kan orang biler buat silap. Bagi yang tak ada lesen tapi gian nak bawak keta laju2 boleh ler try. Tapi yang ada lesen jangan plaks lepas tu bawak kereta ala-ala bawak go-kart.

pesanan penaja.. DON'T TEXTING WHILE DRIVING.. dan DON'T USE HANDPHONE WHILE DRIVING..

Boboi kitten baru

Sunday, June 26, 2011

Bertambah lagi ahli keluarga kucing ku. Boboi badan dia pejal, bulat, mulut bising, dah pandai makan biskut Smart Heart. Sekarang ni dia sibuk nak keluar sangkar laks. Dia nak meronda-ronda check kawasan ler tu. Mentang-mentang dia kucing jantan. hahahhaha. Tiap kali kasi makan, aku memang geram nak pegang dia. Tersangat ler comel.

Hari ni baru berkesempatan nak amik gambar dia. Dapat ler 1 keping yang nampak elok sebab tak reti nak duduk diam mamat ni. hehehhee..

Sibu, Sarawak

Sunday, June 19, 2011

Kali ini sememangnya aku dah jadi pelupa. Kalau lupa bawak baju ker, boleh juga gi beli kanz. Aku boleh terlupa nak packing charger battery kamera. Itu ler bahana packing last minute. Bawak kamera kehulu kehilir tapi tak boleh amik gambar.. rasa nak nangis jerk.. nak tak nak terpaksa ler pinjam compact kamera kawan yang tak berapa canggih. compact pun compact ler janji dpt gambar yg dikehendaki..

Nak pulak kali gi banyak pergi ke rumah-rumah panjang kaum iban di Sibu, Sarawak. Sambil menyelam minum air. Tapi tak ler sampai kembung. So kebetulan gi sana, snap-snap beberapa keping gambar.

ini antara gambar yang dapat ditangkapkan.